TUJUH PESAN MENJELANG 23 TAHUN

Oleh Mardhiyyah Abadan

1. Hidup ialah perjalanan kerohanian. Semua yang kita kejar, lawan, buat dan pertahankan adalah bagi mendapatkan kebahagian – rasa bahagia, damai, tenteram – menurut pemahaman kita. Boleh jadi pemahaman kita tentang bahagia itu benar, boleh jadi pemahaman itu salah dan boleh jadi pemahaman itu bercampur antara benar dengan salah.

2. Penawar yang paling baik bagi setiap penyakit ialah ilmu. Setiap kali wujudnya penyakit baru, setiap itulah fardhu ain bagi kita mencari penawar baru. Begitulah kita membantu diri kita mencapai hakikat bahagia.

3. Kita pelupa. Oleh itu, kita memerlukan peringatan, persekitaran dan teman-teman yang mengingatkan. Ada sebahagian benda yang kita sangka ia boleh berfungsi sebagai peringatan sedangkan ia hanyalah penambah lupa buat kita daripada tujuan sebenar hidup. Ada sebahagian benda pula yang kita tidak sedar bahawa ia ialah peringatan sebenar akan tujuan hidup sehingga kita melayannya seperti tidak wujud. Bergaullah dengan orang baik-baik, pergilah ke tempat yang baik-baik dan lakukanlah hal yang baik-baik agar kita tahu membezakan kedua-dua hal itu.

4. Kita tidak tahu bila pengakhiran kita. Apabila kita merasakan kita hampir kembali kepada Rabb sama ada kerana sakit yang amat, penat yang amat mahupun riang yang amat, ingatlah bahawa kesakitan, kepenatan dan keriangan itu mestilah kita jadikan sebagai yang paling baik yang boleh kita berikan. Apabila sudah hampir ke penamat, genggam tangan kita dan pecutlah. Mudah-mudahan Allah mengurniakan kekuatan.

5. Kebahagiaan adalah sama dan objektif, tidak subjektif. Setiap orang mampu berusaha mencapai kebahagiaan, jika tidak ia tidak akan diciptakan. Carilah wasilah apapun mencapai kebahagiaan.

6. Kebahagiaan yang sebenar ialah kita merasakan bahawa kita berasa di bawah naungan Allah sejak di dunia lagi. Sebahagian orang tangisannya sungguh menghairankan. Kita menyangkakan dia berada dalam kesedihan yang berat, rupa-rupanya dia sedang bahagia dalam apa jua ujian. Hatinya tenang menahan ujian-ujian hidup, reda dan yakin bahawa dia sedang dinaungi oleh Allah. Tuhan sedang memandangnya dengan kasih sayang.

7. Ujian, kegembiraan, kesedihan dan semuanya akan hilang. Yang boleh kekal ialah ilmu-ilmu dan kebahagian yang kita dapat sepanjang menjalani ujian, kegembiraan, kesedihan dan kehidupan-kehidupan itu. Berdoalah agar Allah mengangkat setiap kesusahan tetapi mengekalkan nikmat dan kebahagiaan mengingati-Nya.

Mardhiyyah Abadan
22 Ramadan 1415 – 1438

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s